Hai semua. Salam Kasih dari saya di Bumi Kenyalang.
Entri kali ini ialah kisah kami bertiga menawan Gunung santubong pada 3 Julai 2016. Memandangkan pada tarikh tersebut masih dalam bulan puasa, maka kawan2 yang muslim tidak dapat turut serta dalam misi kali ini.Bagi saya dan adik saya ini adalah pertama kali kami ingin menawan Gunung Santubong tapi bagi buddy saya Cecilia, ini adalah kali kedua. So, secara rasminya dia ialah guide kami pada misi kali ni. hehehhe..
Kami bertolak dari rumah seawal 6pagi. Lebih kurang jam 7.45 pagi kami memulakan pendakian tapi sebelum itu kami daftarkan nama kami sebagai pelawat atau pendaki di pondok pengawal sebagai langkah keselamatan. Tidak ada bayaran dikenakan. Tetapi sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sijil, anda akan dikenakan bayaran dalam R13. Sijil tersebut anda boleh tuntut selepas tamat pendakian.
pondok belakang tu la tempat kami daftar kan diri. |
Gunung Santubong mempunyai ketinggian 817 meter@ 2,800 kaki dari paras laut. Jarak Kuching ke Santubong dalam 35kilometer. Gunung ini boleh di daki melalui pintu masuk Kampung Budaya atau melalui Bukit Puteri. Kami memilih untuk memulakan pendakian melalui Bukit Puteri. Ini kerana pendakian dari Bukit Puteri lebih singkat berbanding dari pintu masuk Kampung Budaya. Iaitu 6.5 km ke puncak Gunung Santubong.
Santubong National Park Trail map. |
Terdapat pelbagai mitos atau cerita Lagenda di sebalik nama Gunung Santubong. Salah satu nya, suatu ketika dahulu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang diarahkan turun ke bumi oleh Dewata Mulia Raja Kayangan untuk menyelesaikan pertelingkahan penduduk di kawasan tersebut. Setelah berjaya menyelesaikan pertelingkahan tersebut, kedua dua puteri tersebut jatuh cinta dengan pemuda yang sama iaitu Putera Serapi. Putera Serapi pula jatuh cinta dengan Puteri Santubong. Iri hati terhadap Puteri Santubong, maka Puteri Santubong dibunuh oleh Puteri Sejinjang. Jasab Puteri Santubong menjadi Gunung Santubong manakala Puteri sejinjang disumpah menjadi Pulau Kera. Disebabkan Putera Serapi tersangat berduka, baginda membawa diri ke Gunung Serapi. hihihi.. Itu lah salah satu mitos tempat2 ini mendapat nama..
Setelah beberapa minit berjalan kami pun sampai di check point F7.
Check point ni merupakan titik pertemuan trek dari Pusat informasi dan trek Bukit Puteri. Terdapat bangku2 yang disediakn di sini untuk melepaskan kepenatan. kami juga dapat melihat beberapa pemandangan persekitaran perkampungan Santubong, di aras ini.
check point F7 , bermula lah pendakian kami seperti dalam gambar. hehehhe..
berehat sebentar disini. |
di sini bermulanya check point yang sangat2 mencabar kerana laluan seperti dalam gambar. 90 darjah weiiiii... huhu |
ini la puncak Gunung Santubong. |
Tepat jam 12.15 tengahari kami sampai di puncak Gunung Santubong. Yang tak best nya bila dah sampai puncak tak nampak view sebab berkabus. huhuhu.. kecewa juga sebab dah la trail memang sangat menguji kekuatan fizikal dan mental, tak nampak view plak.. huhuhu... apala nasib... heeee
selepas puas bergambar dengan pelbagai aksi, lebih kurang jam 1245 tengahari kami pun start menuruni Gunung Santubong.
On the way turun, terjumpa 2 orang remaja ni yang baru nak panjat gunung. kami menyangka hari tersebut cuma kami bertiga tetamu yang berkunjung ke Gunung Santubong. Jadi kami pun terus bergambar kerana terlalu gembira. Rupanya ada tetamu lain di sini... hehhehe
Lebih kurang jam 3 petang kami pun selamat sampai d bawah kaki Gunung Santubong.. yehaaaaaa!!
Kami tersangat la lapar selepas itu dan terus sahaja ke gerai makan berdepan dengan Rumah Budaya yang berdekatan.
sekian untuk entri kali ini....xoxoxo...
selepas puas bergambar dengan pelbagai aksi, lebih kurang jam 1245 tengahari kami pun start menuruni Gunung Santubong.
Lebih kurang jam 3 petang kami pun selamat sampai d bawah kaki Gunung Santubong.. yehaaaaaa!!
Kami tersangat la lapar selepas itu dan terus sahaja ke gerai makan berdepan dengan Rumah Budaya yang berdekatan.
sekian untuk entri kali ini....xoxoxo...