Monday, 5 September 2016

HONG KONG trip ogos 2016 #tips ke hong kong

hello.. hai semua... salam sejahtera ....

kali ni saya kongsikan tips melancong ke Hong Kong. Semoga  perkongsian ni memberi manfaat kepada sesiapa yang merancang atau mempunyai keinginan berkunjung ke Hong Kong.

ITINERARY
Part ni paling penting kalau melancong tanpa mengunakan khidmat tour guide. mesti ada ITINERARY!. sebelum berkunjung ke Hong kong pastikan anda sudah pun menyiapkan rancangan perjalanan anda.

tulisan tangan jak.. kalau mau kemas lagi anda boleh taip itinerary anda. so, memudahkan untuk baca.Abaikan tulisan yang mengalahkan cakaran ayam. hahhaha..


sedikit tips untuk buat itinerary perjalanan.


1. Transport. Di hong kong transport yang paling cepat, jimat dan murah saya cadangkan anda gunakan perkhidmatan MTR (mass transit railway). macam monorel la kalau di Kuala Lumpur. kalau di sabah dan sarawak tidak ada perkhidmatan macam ni. hahahahha. Apapun guna MTR ni mudah dan jimat. Pastikan anda study map MTR sekiranya anda memilih untuk menggunakan khidmat ni. macam trip kami, memang saya pilih MTR. Kami juga mengunnakan ding2 tram, ferry dan juga teksi sewaktu di HK. Teksi kami gunakan sewaktu ke hotel dan ke airport sebab malas berangkut dengan bag yang besar.
ini la dia MTR system map. saya siap print lagi untuk bekalan ke Hong kong. Boleh minta dengan mr.goggle. kikiki
 
octopus card ini anda boleh beli selepas melepasi imigresen HKIA. HKD150 untuk dewasa HKD75 untuk kanak2.beli di kaunter MTR di HKIA.octopus ini memudahkan untuk menaiki MTR boleh juga digunakan untuk shoping di tempat2 tertentu sebagai contoh di HKIA. boleh refund duit yang tak habis dalam Octopus card di kaunter MTR di HKIA.

2. Weather forecast. Pastikan anda cek ramalan cuaca sepanjang berada di Hong Kong. Supaya perjalanan berjalan dengan lancar. Keperluan seperti baju hujan, payung boleh di bawa. mana la tau tiba2 hujan kan. Selain itu anda kena tau juga musim di Hong kong sewaktu mahu berkunjung ke sana. contoh kalau Disember sehingga Mac musim sejuk, so bawa la baju yang sesuai dengan musim. Macam kami ke Hong kong sewaktu summer, baju pun bawa yang nipis saja. Macam baju jalan2 di Malaysia.. hehehhe. Weather forecast boleh install dalam android untuk memudahkan.....

3. Operating hours untuk setiap tempat yang ingin kunjungi. Yang ni pun penting juga. Sebagai contoh Ngong Ping mula beroperasi bermula jam 9.30 am, datang awal or badget masa anda untuk sampai ke destinasi. Apapun saya galakkan datang awal untuk ke semua destinasi yang ingin anda kunjungi. Ini kerana Hong Kong adalah tempat percutian yang sangat2 diminati oleh manusia seluruh dunia. Jumlah pelancong bukan setakat seribu dua tapi beribu-ribu lemon. hahahhaa. tersangat la ramai pelancong ke Hong Kong.


4. Jam. Hong kong dengan Malaysia sama sahaja masa. Jadi tidak perlu adjust time ... SO, memang sangat mudah. Kecuali kalau kawan2 yang muslim mungkin anda perlu cek waktu solat. Mungkin ianya berbeza dengan di Malaysia.



BUDGET

1. HOTEL
. Itinerary sudah ada, so anda boleh beralih ke bahagian kos untuk ke Hong Kong. Perkara pertama yang perlu ialah Hotel. Hotel di Hong kong agak mahal dan sempit. Anda boleh memilih tempat penginapan budget murah dengan memilih guesthouse dan Apartmen.Untuk memudahkan perjalanan, cadangan saya, pilih tempat penginapan yang berdekatan dengan,station MTR. Terdapat banyak tempat penginapan yang berdekatan dengan station MTR. Macam kami , kami memilih tinggal berdekatan dengan station Tsim Sha Tsui. Iaitu Hotel Holiday Inn. Hotel ini agak mahal, tapi memandangkan si comel kami Shay Darryl turut serta dalam perjalanan ini kami memang memilih hotel yang lebih selesa. lagipun rancangan awal , kami berempat. Tapi seorang lagi hero Shye Darren kami tinggalkan bersama datuk dan nenek mereka di Kuching walaupun dah ada tiket flight.

hotel tempat kami menginap sepanjang 4malam di Hong Kong. Muka Shay di belakang kabur. hahahha
Ada banyak tempat penginapan yang berdekatan dengan station MTR. Tanya mr.google dan banyakkan baca blog2 yang berkaitan Hong Kong.

2. FLIGHT TICKET. Tiket penerbangan ke Hong Kong saya beli setahun yang lalu. semestinya Airasia! everyone can fly!.... so beli tiket sewaktu airsia bagi murah. hehehhe yang lain2 itu anda boleh add on kemudian. Seperti meals, hot seat, insurans. Flight direct kuching ke Hong Kong tidak ada sewaktu membeli tiket. so, saya memilih flight dari Kota Kinabalu ke Hong kong kerana masa perjalanan yang lebih pendek iaitu kurang dari 3jam berbanding kuala Lumpur ke Hong Kong memakan masa 4jam. Anda juga boleh membeli wifi berharga serendah RM9  dalam flight airasia. Jadi boleh update status media sosial anda atas kapal. hahahhahaha

dalam flight ke Hong Kong anda akan diberi keratan kertas ni. Isi sebelum mendarat supaya tak buang masa  selepas mendarat.

gigih dia mengisi keratan kertas imigresen. hehe..


3. INSURANS PERJALANAN. Bagi saya insuran perjalanan ni sangat penting, walaupun sehingga ke hari ini syukur tidak pernah lagi terjadi kejadian tidak diingini. Saya syorkan kepada sesiapa yang ingin membuat perjalanan ke luar negara ambil insuran perjalanan. Ini sebagai langkah berjaga agar perjalanan sentiasa dilindungi dari pihak insurans.

kami memilih AIA untuk panel insurans kami. hanya rm84 untuk ViP pakej. Famiy pakej.

4. ENTRANCE FEE. kebanyakkan tempat menarik or theme park d Hong Kong ada lah berbayar. Percutian kami ke Hong Kong kebanyakkannya kami beli melalui online tiket masuk untuk ke hampir semua tempat yang kami kunjungi seperti The victorian Peak, Museum eye trick,Sky100, Disneylang, Ngong Ping360.
saya memilih KLOOK untuk tiket masuk ke tempat2 yang kami kunjungi. kami siap2 beli sebelum datang ke Hong kong. selain menjimatkan masa berbaris membeli tiket, ianya juga dapat mengurangkan jumlah wang yang nak di bawa ke hong kong. 

 Tiket dia atas tu salah satu tiket masuk yang kami beli. KLOOK anda boleh dowload aplikasi di android korang. Anda boleh print or screenshot dlm tiket tersebut untuk di tunjukkan d kaunter masuk tempat yang ingin dikunjungi.

5. MAKANAN. Anda boleh membawa bekalan makanan ke Hong kong seperti maggi cup, biskut, coklat dan sebagainya. Ini kerana makanan sana agak mahal. Bayangkan makan di Pizzahut HKD450+ untuk dua hidangan sahaja. Lebih kurang rm250 ringgit kita. Macam tak berbaloi makan sampai macam tu di restoran pizzahut untuk 2hidangan. hahahhaah.. so, bawa bekalan makanan secukupnya. Agak2 cukup sepanjang korang berada di sana.

6. SOVERNIER. Sebelum ke Hong Kong hari tu, ada blog yang berkongsi sovernier di The peak lagi murah banding Ladies street. Selepas alami sendiri, Temple street market lagi murah banding tempat lain. 8 keping baju tshirt biasa tu, boleh dapat HKD100. dalam rm60 ringgit kita. Cadangan saya buat list siap2 apa benda yang jadi keutamaan korang semasa di Hong Kong nanti.

Temple street market. Terletak tidak jauh dari Jordan Station.

hasil shoping di Temple street. menghabiskan sisa duit yang ada. Nasib baik la malam terakhir baru berkunjung ke Temple street. Tapi biasanya kami memang masukan plan melihat tempat shoping di hari terakhir. hahhaha
TIPS LAIN.

1. VISA. Tidak diperlukan. cuma isi keratan seperti yang saya sebut sebelum ini. isi sewaktu berda dalam flight.

2. INTERNET. Anda boleh membeli simkad di HKIA or poket wifi. So, boleh sentiasa berhubung dengan kawan2, update status media status.. hihi.. tempat penginapan biasanya ada wifi dan hampir semua tempat ada wifi di Hong kong. jadi tidak perlu risau.

3. DUIT. pastikan anda membawa cash yang sudah pun ditukar ke HKD. Ini kerana kalau nak tukarkan RM ke HKD sewaktu berada d Hong Kong memang rugi sebab mereka beli ringgit dengan agak murah. Atm bank banyak juga di HK. Tapi pastikan sudah siap2 aktifkan dengan bank anda.

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada anda semua. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan di bahagian komen. Saya akan sambung entri berkenaan Hong Kong kemudian hari. entri akan datang berkenaan setiap tempat yang kami kunjungi mengikut hari.


DAY 1. The victorian peak, Sky terrace 360, maddam taussud, Museum eye trick.

DAY 2. Macau

Day 3. Ngong Ping 360 dan Disneyland

Day 4. Tram ding2, wheel, ferry, museum maritime, clock tower, avenue of star, Kowloon Park Temple street Market.

Day 5. HKIA 

 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support