Monday, 15 August 2016

keindahan Gunung Gading,Lundu Sarawak, 21 may 2016.



Salam kasih semua. Entri kali ni saya bawa anda semua menikmati keindahan yang terdapat di Gunung Gading. Tentu ramai yang tidak mengetahui betapa banyaknya tempat2 yang boleh di lawati  di Sarawak. Kebanyakkan tempat2 yang menarik di sarawak masih belum di terokai. Ini mungkin di sebabkan kurang promosi di media2 seperti akhbar, media sosial dan lain2. 

Perjalanan dari Kuching ke Lundu mengambil masa dalam sejam lebih. Sebelum ke kaki Gunung Gading saya dan rakan2 mengambil sarapan di Pekan Lundu.

bersarapan di Lundu

Gunung Gading boleh dilawati setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Yuran untuk masuk rm10 seorang untuk malaysian dan rm20 untuk orang asing. Gunung Gading sangat sinonim dengan Bunga yang paling besar di dunia, iaitu Bunga Rafflesia. Selain itu, Gunung Gading mempunyai tarikan sendiri selain bunga rafflesia seperti air terjun dan tumbuhan liar di sekitarnya.
bergambar bersama tiket masuk. hehehe

di sebalik batu ni ialah pejabat Taman Negara Gunung Gading. Anda boleh dapatkan informasi seperti peta, guide, dan lain2 daripada petugas2 dalam pejabat tu.





peta taman Negara Gunung Gading.
kepada Pengunjung Gunung Gading, ada pelbagai trail yang anda boleh pilih. Sekiranya anda bercadang hanya mahu melihat dan berkelah serta mandi manda di air terjun, anda boleh memilih destinasi air terjun seperti dalam peta. 

Pengunjung juga boleh boleh menikmati keindahan di Gunung Gading dengan mengambil trail yang lebih jauh iaitu Batu Berkubu. Batu Berkubu ialah bekas tempat komunis berkubu.

signboard trekking time mengikut trail.

Bunga rafflesia yang lagi 2hari expire, serta rakan2 yang sibuk bergambar dan menangkap gambar. hehehhe
setelah puas mengambil gambar kami pun meneruskan perjalanan ke summit. Plan, memang nak sampai ke summit.

Apek's cave
Apek's cave ni mendapat nama melalui orang tua yang dikenali sebagai Apek telah sesat beberapa lama di dalam kawasan Gunung Gading. Batu ini telah menjadi tempat dia berteduh sehingga dia berjaya keluar dari kawasan hutan. sehingga ke hari tersebut, Apek selalu ke tempat ini untuk bersembayang. semasa kami melalui tempat ni, terdapat kesan seperti orang baru sembayang tempat ni.

air yang mengalir dari waterfall 3
setelah dalam 30minit berjalan kami pun sampai di waterfall 3. cuma, saya tak masuk ke laluan untuk ke waterfall 3 memandangkan saya dan kawan saya Cecilia bercadang terus ke SUMMIT.

Waterfall 3 mempunyai cerita lagenda tersendiri. Lagenda menyatakan air terjun 3 dijaga oleh tiga orang puteri yang gemar mandi mandi dan bersantai di sini. Mereka juga menanam 'Buluh Perindu' yang diawasi oleh binatang2 liar. Sesiapa yang mendapat buluh  tersebut akan beruntung kerana akan disayangi oleh segenap orang hingga akan dapat berkahwin sepuluh orang isteri. Semoga 'Buluh Perindu' tersebut tidak di jumpai oleh pengunjung2 lelaki.. hahahhahaah

oh ya kepada pengunjung2 Gunung Gading, anda adalah dilarang mandi manda serta makan di waterfall 3.

Menurut cerita Lagenda, Gunung Gading ini mendapat nama melalui 3 orang putera yang suka mandi manda di waterfall 7.  Mereka ialah Puteri Gading, Puteri Sri Guar dan Puteri Geneng. Menurut cerita penduduk di sekitar gading, sekiranya anda bertuah anda akan melihat duyung atau fairy mandi di awal pagi di kawasan air terjun tersebut.

Selepas melalui waterfall 3, kami pun meneruskan perjalanan. Semakin lama semakin kuat bunyi air terjuan yang kami dengar. Sepanjang perjalanan kami juga terserempak dengan pelajar2 dan tenaga pengajar dari Kolej Komuniti,Bau. 

signboard ke waterfall 7, Gunung Gading Summit dan Batu Berkubu.


waterfall 7
signboard sebelum sampai ke waterfall 7.
 Singgah ke waterfall 7 selepas turun dari Summit. Masa turun tu, hujan. muka pun macam baru lepas mandi. hihi

buddy saya Cecilia dan 2 orang anak Lindra, Ewel dan Ebi, menemani kami ke Gunung Gading Summit.

Gunung Gading Summit.

 Lebih kurang jam 1.00 petang akhirnya saya dan Ewel berjaya sampai ke puncak.  kemudian disusuli oleh Cecilia dan Ebi 30minit kemudian.

Kawan2 yang lain Maswandy, Lindra, Della serta kawan Della masih dalam perjalanan sewaktu kami menuruni Gunung Gading Summit.

Jalan menuruni Gunung Gading sangat licin kerana hujan. Sekali sekala saya merasa seram sewaktu menuruni Gunung Gading. Mungkin kerana keadaan sekitar jalan menjadi sangat gelap, seolah- olah jam 7 malam. Sekali sekala juga saya terasa bulu roma meremang kerana semacam ada yang sedang memperhatikan saya, Ewel dan Ebi. Saya berdoa sepanjang jalan agar kami selamat sampai ke bawah dengan selamat. Lebih kurang jam 3.45 petang, kami bertiga dapat menarik nafas lega kerana akhirnya sampai ke HQ Taman Gading dengan selamat. Manakala, kawan2 saya yang lain tiba lebih kurang 2 jam kemudian.

Pengalaman menawan Gunung Gading tidak mungkin saya lupakan.Setiap tempat mempunyai keunikan dan ceritanya tersendiri. Nasihat saya kepada pengunjung Gunung Gading, pastikan anda menyiapkan diri dari segi fizikal, mental serta barang kelengkapan untuk mendaki Gunung seperti makanan,minuman, topi, lampu suluh, wisel dan lain-lain.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya. Berjumpa lagi di lain entri. hehehhe...

 








Share:

2 comments:

  1. Penglman yg paling seronok jugak mengerunkn pada masa yg sama..... Lintah beb!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe sy pun kena.. 1 kt kepala. 1 lagi kaki.. huhuhuh. 3hari darah keluar...

      Delete

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support