Saturday, 17 September 2016

Gunung Nyiru Grait,Padawan Sarawak kekal misteri.



Salam sejahtera semua....

Pada 15 September 2016 yang lepas , kami seramai 6 orang melakukan ekpedisi ke Nyiru Grait, Padawan , Sarawak. Nama tempat ni masih kurang di kenali. Jadi entri kali ni saya kongsikan sedikit tentang ekspedisi kami  ke sana.

Seawal 8.00pagi kami berkumpul di depan PULAPOL, seperti yang ada dalam tentatif yang disediakan oleh ketua rombongan kami Cikgu Sani. Cikgu Sani ni memang suka aturkan program ekspedisi sewaktu musim cuti sekolah. hehehe.. Untuk ke tempat ni memang senang cari tapi untuk masuk ke hutan@tempat nak jungle trekking tu memang perlukan guide tempatan. Sebabnya, jalan tidak bertanda.Kami cuma perlu bayar RM10 (seorang) untuk guide. Kira sebagai bayaran saguhati la....

Oh ya lupa info Kpg Nyiru ni terletak di Daerah Padawan. Perjalanan dari Kuching mengambil masa dalam 30minit sahaja. 


kami ke Nyiru Grait. Berbaju hijau tu guide kami.


bergambar dulu sebelum masuk ke hutan. Ini lah Gunung Nyiru Grait, Padawan.



ni la sarapan saya  sebelum bertolak ke lokasi. tips, elak kan mengambil sarapan yang pedas sebelum hiking utk mgelakkan perut memulas... hehehhe.















tumbuhan ni bahaya kalau kena kulit. boleh gatal2 di buatnya kata guide kami. Kalau tak silap di panggil 'pokok api' oleh penduduk tempatan.







buah liposu kalau dalam bahasa ibunda saya. Rasanya agak masam.



yang ni tak tau boleh makan or tak.. dalam hutan tak boleh makan & sentuh sembarang...



c gonggok.. penyambut tetamu...hehhe


berehat sebentar d sini.



Gua Mandaw. Sempat juga caving.. nasib baik la ada bawa headlamp... guide tu kata, dia sendiri pun tak pernah masuk gua ni. apalagi, kami pun ambil peluang untuk meneroka gua Mandaw ni.


tengok bentuk2 batu tu.. lihat mengikut perspektif anda sendiri.


berada dalam Gua Mandaw yang sememang sangat gelap.


dalam gua yang gelap pun boleh bergambar terang macam ni, hanya menggunakan teknologi produk handphone oppo.. hehe


macam tengok langit jak pemandangan ni kan.. sebenarnya batu dalam Gua Mandaw. cantik berkilau.



sebelum keluar dari gua, rakam gambar kenang2an...


cantiknya cahaya dari luar tu...


teringin memanjat gunung ni, tapi apakan daya, peralatan dan orang yang mahir tak ada.. hahahha

tempat kami melepaskan lelah... lepas makan, mandiiii!!!..hihi


terima kasih go pro... tq cameraman... hehehe


sempat lalu kebun getah yang tersangat la bersih.


gambar kenangan rombngan kami berlatarkan kebun getah dan Gunung Nyiru Grait.
Sehingga hari ini, Gunung Nyiru Grait belum lagi berjaya di tawan oleh sesiapa. Belum ada lagi orang yang sampai ke puncaknya. Ini bermakna, Gunung Nyiru Grait masih lagi misteri... saya menjangka kan ekpidisi kami kali ini sehingga ke puncak gunungnya. rupa nya kami cuma beriadah di kaki Gunung ini sahaja.... mungkin sahaja gunung ni terlalu curam untuk di terokai dan guide tidak mahu mengambil risiko untuk membawa kami meneroka gunung ni..

Walaupun tidak ke Puncaknya, pengalaman ke sini berbeza dari tempat2 yang lain..  kepada mereka yang berhasrat datang ke sini, jangan lupa bawa peralatan untuk caving.. best!..
Terima kasih Cikgu Sani. Lain kali plan tempat baru lagi k... hehhehehe... ops, perjalanan kami cuma mengambil masa 3jam.. itupun sebab ada ahli rombongan yang tiba2 pening, dan kami berehat lama di bawah pokok durian yang tak berbuah... hehehhe..

ok sampai jumpa lagi di entri lain.
Share:

12 comments:

  1. tunggu blt kuching mok ekot juak..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kepada anda yang telah melawat ke tempat kami. semengnya tempat best tapi, ada best gik dari ya iaitu "BUNG AGU", dari situ blh tengok permandangan yg luas dan boleh lihat banggunan banggunan di bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Ronie.. trima kasih sudai melawat blog saya... nyiru grait memang cantik. Ramai masih belum tahu tmpt ni.. boleh saya tahu siapa boleh d hubungi utk ke "BUNG AGU"?... berapa jam perjalanan utk ke sana?

      Delete
    2. Hello Ronie.. trima kasih sudai melawat blog saya... nyiru grait memang cantik. Ramai masih belum tahu tmpt ni.. boleh saya tahu siapa boleh d hubungi utk ke "BUNG AGU"?... berapa jam perjalanan utk ke sana?

      Delete
    3. Sama sama NELDATI,,guide yg kamu bawa haritu pun blh... no telifon pula nanti saya update dan masa perjalanan pun saya tak pasti berapa jam sebab tak pernah pergi, biasalah xde partner kaki jungle tracking ni... klau ade ape2 pertanyaan, whatsapp saya ke 012 899 8098.

      Delete
  3. Terima kasih kerana mempromosikan kampung kami

    ReplyDelete
  4. Sudah saya panjat sampai atas secara solo

    ReplyDelete

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support