Tuesday, 13 September 2016

Tahukah anda titik pertemuan antara Laut China selatan dan Laut Sulu terletak di Kudat, Sabah?

Salam Sejahtera semua.

Kali ini saya berkongsi tentang trip kami ke Tanjung Simpang Mengayau setahun lebih yang lalu. hehehe...

Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou serta dikenali juga sebagai Tip of Borneo iaitu bahagian yang paling utara di peta Borneo, yang terletak di Daerah Kudat, Sabah. Simpang Mengayau merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Nama asal Tanjung Sampang Mangazou  berasal dari bahasa kaum Rungus iaitu kumpulan etnik yang tinggal d kawasan Kudat. Tanjung(tanjung), Sampang(kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan yang merujuk kepada lokasi ini di mana pertempuran berlaku apabila etnik Rungus mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan lanun. Menurut lagenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun. 

sumber ni saya dapatkan dari wikipedia.org .....heeee

Tempat ni memang menghidangkan panorama yang sangat indah kepada para pengunjung.  Baik di matahari terbit mahupun matahari terbenam.



di sini lah Tip of borneo.






batu ni menunjukan peta borneo, di mana tempat ni menunjukkan kawasan paling utara di kepulauan Borneo.





tengok tu Tanjung Simpang Mengayau terletak di paling utara peta Borneo dan merupan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.







Sewaktu berkunjung ke sini cuaca hujan. Nasib baik hujan tak lebat jadi kami pun dapat juga keluar menghirup udara, melihat pemandangan yang cantik serta merakam gambar kenang-kenangan.



sebelum sampai ke batu berpeta, ni la jalan yang perlu dilalui dari tempat letak kereta.




1st cousin. May dan Shay. menyaksikan pemandangan yang memukau setiap mata memandang.



shay bersama cousin dan uncle dan aunty.


sumandak Bundu Tuhan. single.....hihi




















ni pula gambar saya ambil dari mukabuku sempena music sunset festival di tempat ni. Pemandangan yang agat awesome. Keterangan lebih lanjut boleh tengok facebook sabah Tourism.

Kepada mereka yang ingin bermalam di sini, terdapat chalet yang berdekatan. Tengok gambar bawah tu ada rates Chalet. Tapi rates ni rasanya berubah mengikut masa. Sewaktu datang ke sini kami cuma datang menikmati pemandangan dalam 30minit macam tu. Sebab cuaca hujan dan kami memang tidak merancang untuk bermalam. Disini juga terdapat gerai yang menjual cenderahati dari penduduk tempatan.







Jadi kalau anda berkunjung ke Sabah terutama Kota Kinabalu, jangan lupa datang ke sini untuk melihat sendiri penghujung Utara dalam peta Borneo. Perjalanan dari Kota Kinabalu datang ke sini mengambil masa dalam 2 jam. Anda akan melalui beberapa Daerah sebelum sampai di sini seperti Daerah Tuaran, Kota Belud serta Kota Marudu. Setiap Daerah mempunyai keunikannya tersendiri. jadi, anda boleh singgah sebentar di Daerah2 yang anda lalui untuk melihat sendiri keunikannya... hehehe.. tunggu apalagi, rancang cuti anda... hehehehehe

Share:

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support