22 September 2016,akan menjadi kenangan yang akan terpahat kukuh di ingatan untuk saya dan 18 orang lagi ahli rombongan yang telah merintis jalan sebagai pelawat@ pelancong ke kampung yang sangat bertuah iaitu Kpg Chupak-Thubor. Kampung Chupak Tubhor terletak di Daerah Serian, Sarawak.
Dari Kuching ke Kpg Chupak Thubor, mengambil masa dalam 30minit ke 1jam. Tempat ni tak lah jauh sangat dari Kuching. Tapi sekiranya anda tidak pernah datang ke tempat ni, anda memang perlukan guide untuk sampai ke kampung ni.heheheh...
Lebih kurang dalam jam 7.45 pagi kami berkumpul di Restoran Nursyuhadah bersebelahan dengan stesen minyak petronas di Siburan. Tolak tambah campur darab bahagi, kami memulakan perjalanan merintis jalan ke kaki Gunung Chupak-Tubhor dalam jam 9.30 pagi.
Gunung dalam gambar atas tu lah kami nak pergi.
Gunung dalam gambar atas tu lah kami nak pergi.
Sebelum sampai ke Kampung Chupak-Thubor kami melalui Kpg Skuduk kalau tak silap. Bentuk muka bumi kampung ni landai dan rata. Rumah-rumah penduduk kampung, kebanyakkannya konkrit. Sepanjang jalan saya dapat nikmati pemandangan tanam-tanaman penduduk kampung yang tumbuh subur seperti kangkung, jagung, kacang panjang dan macam-macam lagi selain sawah padi dan tasik. Tasik yang sangat cantik di hiasi oleh teratai yang tumbuh subur di atas air. Tempat ni memang sesuai untuk menghirup udara segar hehhehe......
Jum saya ceritakan pula kisah kami merintis jalan sebagai pelancong di Kpg Chupak-Thubor.
Selepas 2-3minit memulakan perjalanan, tanaman penduduk kampung ni yang menarik pandangan mata saya. hahahha sebab pertama kali nampak. Rupanya ni lah dia rupa kopi. Kepada anda yang tak pernah nampak rupa pokok kopi, ni lah dia. Saya belanja....heeeeee. yang pertama kali nampak tu kita geng... ikikikik...
Treking kami kali ni mengambil masa dalam 6 jam. Jalan memang tidak bertanda dan kami memang pelawat @pelancong yang merintis jalan ke tempat ni.
Treking kami kali ni mengambil masa dalam 6 jam. Jalan memang tidak bertanda dan kami memang pelawat @pelancong yang merintis jalan ke tempat ni.
Tengok ni. Salah satu laluan yang telah kami harungi. Berbatu, berdaun,bersemak... hihi |
Gunung Chupak ni tak tau berapa ketinggian nya.. belum ada yang sampai ke puncak nya. |
laluan macam ni pun ada. hehehe.. nasib baik Syawal ada bawa bekal tali, dapat lah memudahkan perjalanan .. |
Jum tengok video ni. Antara laluan yang sempat saya rakamkan.
saksikan klip ni juga. laluan-laluan yang telah kami harungi.
Gambar-gambar di bawah ni pula antara keindahan flora yang terdapat di Chupak Thubor. Banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tau, datang sendiri ke Chupak. heheheh
\
ni pula klip gambar flora yang sempat saya snap di Chupak , sebagai kenang-kenangan dan tatapan pencinta-pencinta alam.. hehehe
Selepas berjalan mengharungi pelbagai bentuk laluan dan muka bumi, kami pun merehatkan diri di sini serta menjamu bekalan yang kami bawa.
Selepas merehatkan diri, kami teruskan perjalanan. Dalam 20 minit macam tu kami pun sampai ke kawasan perumahan kampung..
Misi yang terakhir pula ialah caving ke Gua Chupak Thubor.
Klip ni perjalanan dari kampung Chupak Thubor ke Gua Chupak Thubor hingga masuk dan keluar dari gua.. heheheh...
Siapa yang belum pernah caving, boleh datang sendiri ke sini. Hehehehe
Trip kali ni memang sangat memenatkan. Tapi rasa berbaloi sebab dapat berkunjung ke tempat baru. Saya menjangkakan akan dapat mandi manda di sini, rupanya jangkaan tu saya simpan dulu untuk trip yang akan datang.. hehhehe... untuk pengetahuan semua, sungai memang ada, tapi kalau nak mandi sambil nak tunjuk kan aksi terjunan ke air tu memang tak dapat la. Sebab sungainya sangat comel. Hehehhe...
Kalau nak datang ke sini nak tengok keindahan flora dan kepelbagaian bentuk muka bumi, pemandangan kampung, caving, yes anda sangat2 di alu-alu kan. Tapi kalau nak mandi manda, pergi Kampung lain.. heheheh
Terima kasih kepada semua ahli rombongan, Cikgu Sani San selaku ketua rombongan serta orang kuat Babai Carlos. Semoga babai sentiasa di berikan kesihatan yang baik, murah rezeki dan sentiasa dipermudahkan segala urusannya.. ;) Sesiapa yang berminat nak datang ke sini, anda boleh tinggalkan komen atau boleh inbox sendiri Cikgu Sani di facebooknya Sani San . Opss! Cukai cuma rm10 k...
Jumpa lagi di entri yang lain... tatattaatatata .... (;
0 comments:
Post a Comment