|
Air terjun Bengoh |
salam kasih dan salam perpaduan.. Salam dari Bumi Kenyalang.
Entry kali ini ialah Trip ke Empangan Bengoh, Padawan Sarawak, 16 July 2016.
Tengok gambar atas tu pun dah teruja kan tengok kecantikan dan keunikan di Kg Bengoh. Saya kongsikan sedikit tentang trip kami hari tu. hehehhhe
Perjalanan dari Kuching ke PULAPOL, Padawan mengambil masa dalam 30minit-1jam, bergantung dengan kelajuan pemandu dan juga tahap kesesakan jalan.
Seperti yang telah di rancang oleh Ketua Rombongan iaitu Cikgu Sani , kami akan berkumpul di PULAPOL sebelum menuju ke Kg Bengoh.
Sementara menunggu ketua rombongan dan seorang lagi kawan, kami pekena teh tarik di kedai luar
PULAPOL. Lupa la pula tangkap gambar signboard yang berkaitan sepanjang jalan. hehehe
Setelah menunggu kira-kira dalam setengah jam, ketua rombongan pun sampai bersama seorang rakan dan juga seorang penduduk kampung yang akan menjadi tour guide kami pada hari tersebut.
Dari PULAPOL ke Empangan Bengoh mengambil masa dalam 10-20minit. Tak terasa jauh sebab sepanjang perjalanan menikmati pemandangan hijau. heeee
chaaaaak! ini lah dia gambar air terjun buatan. Empangan Bengoh. Cantik!! walaupun ianya cuma air terjun buatan.
|
Ini pula gambar anak sulung saya. sebelum mulakan perjalanan menikmati pemandangan Bengoh , tangkap gambar dulu. | |
|
Sedikit pemandangan sepanjang menaiki bot ke Kg Bengoh.
|
tengah2 menikmati pemandangan, tetiba ternampak poster ni... layaan... |
|
ni kawan baru saya. bekenalan masa join trip ni. Sara dan Tika. |
|
ini plak bot yang kami gunakan semasa melalui empangan. lelaki berbaju pink ni la ketua rombongan kami cikgu sani. |
|
singgah sebentar di kampung bengoh |
|
ini lah dia tongkat ali. |
|
sempat menikmati juadah raya dari cikgu sani di tepian sungai.
|
|
budak paling happy dapat menaiki bot. |
|
treking santai ke air terjun bengoh. cantik kan.... |
|
dan ini plak gambar rombongan kami pada hari tersebut. |
|
ini plak herba untuk menurunkan darah yang tinggi. kepada sesiapa yang mempunyai tekanan darah rendah, boleh lah berkunjung ke sini utk mdapatkan\ herba ni. hihi |
|
layan air terjun buatan sebelum balik ke rumah masing-masing.
|
Rasanya mau datang lagi ke sini. Ada rezeki saya akan buat entri untuk Bengoh 2.0, sekiranya berpeluang ke sini lagi. sekian sahaja entri kali ni.
0 comments:
Post a Comment