|
Waterfront Kuching, Sarawak. Belakang tu Bangunan Dewan undangan Negeri. |
Berkunjung ke Kuching Sarawak tak Sah kalau anda tak merasai sendiri mengambail angin di sekitar Waterfront Kuching. Kawasan Waterfront ni banyak hotel-hotel, rumah tumpangan untuk bermalam dan tempat ini agak strategik untuk anda melihat sekitar Kuching. Tempat yang anda boleh kunjungi yang berdekatan Waterfront Kuching ialah Jalan Masjid India , muzium, membeli baran cenderahati, shoping kompleks dan bergambar dengan statue Kucing. Untuk entri kali ini saya cuma akan berkongsi sedikit aktiviti yang anda boleh lakukan di Waterfront Kuching. Jum kita kita layan kisah mak dan bapa saya yang bersiar-siar di sini. hehheehe..
Kali ini saya bawa anda bersiar-siar menikmati pemandangan Waterfront Kuching dari sudut berbeza iaitu dengn mengunakan perahu.
|
kaunter beli tiket untuk menaiki perahu. lebih lama anda berada dalam perahu lebih la bayarannya. kami memilih sejam dan bayaran nya RM19 seorang. |
|
ini la dia tiketnya. RM57 untuk 3 orang dewasa. |
|
gambar perahu@ bot yang kami naiki. |
|
tu dia Bangunan DUN ( dewan undangan negeri) |
Bila menaiki bot ini terasa udara membelai seluruh badan.. hahahhaha... sambil melihat pemandangan kawasan Waterfront dari sudut yang lain. Memang cantik.
|
pemandangan dari dalam bot.. bot pun ada ukiran burung kenyalang giteeww... hehhe |
|
di seberang sana ada menjual kek lapis sarawak. Kalau tak silap Nita kek lapis. Tempat ni agak terkenal untuk membeli kek lapis untuk di bawa balik ke tempat masing-masing selepas melancong ke sini. |
|
dalam bot ni ada bagi info sedikit tentang bangunan-bangunan yang anda dapat lihat dari dalam bot. |
|
bangunan Astana. tempat Rajah Brooke tinggal dahulu kala. |
|
sekiranya anda ingin menikmati pemandangan Waterfront di waktu malam anda boleh menaiki cruise ni. cuma bayaran nya lebih dari menaiki bot tadi. |
Sesudah merasa naik bot, anda boleh ke kedai-kedai cenderahati pula. Terdapat banyak bentuk cenderahati yang di jual di sini. Mari kita tengok sedikit gambar di kedai-kedai cenderahati.
|
kek lapi sarawak. Terdapat pelbagai corak dan rasa. Kalau tak tau nak pilih yang mana satu anda rasa sedap, peniaga tu ada menyediakan tester. |
|
haaaa ini la dia gambir sarawak. Di jual secara terbuka di sini. |
|
peniaga tu siap bagi info kegunaan gambir sarawak. Salah satu kegunaannya dia lah ubat untuk sakit gigi. |
|
satu lagi makanan yang perlu anda rasa. Tabaloi. Biskut yang di perbuat dari sagu rumbia kalau tak silap. |
|
perabot macam ni pun ada jual. |
|
Ada juga yang buat pakej-pakej ke tempat-tempat menarik di Sarawak. |
|
habiskan masa dalam 2 jam di waterfront. bayaran parking pun tak mahal. tak sampai seringgit pun. hehehhe |
|
Ini la dia bangunan-bangunan yang jual cenderahati. Bangunan lama yang masih kekal di tengah-tengah bandaraya. |
Selepas penat berjalan, kami pun singgah makan di kawasan tak jauh dari Waterfront. Restoran ini agak tersorok sedikit, tapi customer sentiasa ramai. Nama restoran ni John's Place. Saya suka makan nasi ayam penyet dan minum laici susu di sini. Menu yang lain saya belum cuba.. heheh
|
laici susu. yuuuuum!! |
|
Ini la rupa nasi ayam penyet. Hidangan yang saya suka makan di restoran ni. Tapi ada juga restoran lain yang saya suka hidangan yang sama. lain entri saya share tempat lain plak... hehheh |
|
chaaak! jum jemput tengok.. hahhahahaha.. |
Jadi, bila berkunjung ke Kuching, Sarawak jangan lupa datang ke Waterfront. Macam-macam ada....
Di lain entri saya kongsi tempat lain yang anda boleh lawati di sekitar kawasan ni. Ini cuma sedikit k.. Jadi wajib masukan dalam list kawasan waterfront ni. Panorama di waktu siang berbeza dengan malam di sini. Jadi anda boleh susun itineary anda... ok sampai jumpai lagi di entri lain. Terima kasih sudi singgah blog saya..... xoxoxoooxo ;)
mira kek lapis nell d sbrg ya di kpg boyan..dyg salhah kek lapis..n byk lagik pengusaha kek2 lapis kt kpg boyan..
ReplyDeletemira kek lapis nell d sbrg ya di kpg boyan..dyg salhah kek lapis..n byk lagik pengusaha kek2 lapis kt kpg boyan..
ReplyDeleteaik silap info ku sam... hehehhehe... klk ku betulkan info ya... tq sam... muaaah!
ReplyDeletekak nel jom la follow blog saya, normalajaip.blogspot.com untuk tahu info-info tentang supplement shaklee..tq
ReplyDelete