Wednesday, 7 September 2016

Air Terjun yang sangat jernih dapat dinikmati Di Kaki Gunung Santubong, Sarawak.

Salam sejahtera semua.... Salam Kasih dari Bumi Kenyalang. 

Entri kali ni saya kongsikan tempat di mana anda boleh menikmati air terjun yang sangat jernih.  Sekali sekala keluar dari kesibukan kota, kesibukan kerja dan kesibukan menguruskan rumah.Selain dapat menikmati pemandangan yang amat mendamaikan jiwa, anda juga boleh menyihatkan badan dengan jungle treking yang sangat santai di sini. Ini pertama kali kami melihat air terjun di Santubong. Memang tak rugi luangkan masa ke sini untuk menikmati alam.

Tempat yang saya maksudkan adalah di kaki Gunung Santubong.Terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching. Sekiranya anda pernah berkunjung ke Damai Resort, Damai Puri Resort atau Rumah Budaya, air terjun ini terletak sebelum anda sampai ke tempat yang saya sebutkan di atas.

Tempat ni free okay.. no entrance fee!




sebelum start berjalan, kami daftarkan nama di pondok pengawal sebagai langkah keselamatan.

Trail yang kami lalui agak santai dan sangat sesuai untuk semua lapisan umur... hehehhe



laluan yang kami lalui adalah laluan yang berwarna biru.

Kami cuma mengambil masa 2 jam untuk meredah hutan dalam laluan biru tu. Memang agak santai. 2 jam tu dah termasuk kami melepak di tepi air terjun sambil menikmati pemandangan di sekitarnya.


kami pada hari itu... heheheh. gambar dlu sebelum berpeluh.. hehehe



tengok tu... cantik kan. unik air terjun ni..

air yang tersangat la jernih....


sempat posing dengan dinnosor yang tengah buat penggambaran.. hahahah


dinosor tengah posing bergambar... hahaah





tengok air tu memang agak jernih


















di sebalik pokok2 tu la balai pengawal. hihi.. menandakan kami dah sampai d tempat kami mula berjalan.

yehaaaaaw kami dah sampai ke sini pada 4 september 2016. Anda bila lagi?.. terutama orang yang tinggal sekitar Kuching...

Misi seterusnya kami nak tengok air terjun di laluan merah pula.... hehehhehe. . sampai jumpa lagi entri akan datang....

Share:

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support