waaauuuh!! sekali pandang macam di luar negara kan. Ini lah dia Hounon Ridge Farmstay and camping. Tempat ni terletak tidak jauh dari kediaman rumah mentuaku iaitu di Kampung Himbaan, Bundu Tuhan. Sebelum anda sampai ke simpang National Park anda akan dapat melihat simpang sebelah kanan yang tertulis BUNDU TUHAN,sekiranya anda bertolak dari Kota Kinabalu . Dari simpang Bundu Tuhan ke tempat ni mengambil masa 20-30minit.
Tahun lepas bulan Disember 2015 berkesempatan datang ke sini. Kepada mereka yang ingin melihat pemandangan Gunung Kinabalu dari sudut yang lain boleh datang ke sini. Saja share perkara baik kan.. hehehhhehe
|
gambar ni saya 'curi'dari facebook.. hihi |
|
room rates. Bagi mereka yang ada anak bawah 7 tahun, tidur dalam bilik lebih sesuai banding dalam khemah. Pandangan saya sahaja;) |
|
info untuk mereka yang ingin merasai tidur dalam khemah. |
|
cantik kan..... |
|
anda boleh pasang khemah anda sendiri. macam belakang kami tu... |
|
ala2 luar negara gitu... hahhahha |
|
cepat betul awan tu melindungi Gunung Kinabalu dari pandangan kami.. apapun tetap cantik dan udara di sini amatla nyaman, sejuk dan segar.. |
Kalau ada peluang anda boleh berkunjung ke sini.. memang tidak rugi....
okay itu sahaja... boleh rancang cuti anda.....
0 comments:
Post a Comment