Thursday, 27 October 2016

keindahan flora di Kpg Chupak-Thubor





22 September 2016,akan menjadi kenangan yang akan terpahat kukuh di ingatan untuk saya dan 18 orang lagi ahli rombongan yang telah merintis jalan sebagai pelawat@ pelancong ke kampung yang sangat bertuah iaitu Kpg Chupak-Thubor. Kampung Chupak Tubhor terletak di Daerah Serian, Sarawak.

Dari Kuching ke Kpg Chupak Thubor, mengambil masa dalam 30minit ke 1jam. Tempat ni tak lah jauh sangat dari Kuching. Tapi sekiranya anda tidak pernah datang ke tempat ni, anda memang perlukan guide untuk sampai ke kampung ni.heheheh...

Lebih kurang dalam jam 7.45 pagi kami berkumpul di Restoran Nursyuhadah bersebelahan dengan stesen minyak petronas di Siburan. Tolak tambah campur darab bahagi, kami memulakan perjalanan merintis jalan ke  kaki Gunung Chupak-Tubhor dalam jam 9.30 pagi.

Gunung dalam gambar atas tu lah kami nak pergi. 

Sebelum sampai ke Kampung Chupak-Thubor kami melalui Kpg Skuduk kalau tak silap. Bentuk muka bumi kampung ni landai dan rata. Rumah-rumah penduduk kampung, kebanyakkannya konkrit. Sepanjang jalan saya dapat nikmati pemandangan tanam-tanaman penduduk kampung yang tumbuh subur seperti kangkung, jagung, kacang panjang dan macam-macam lagi selain sawah padi dan tasik. Tasik yang sangat cantik di hiasi oleh teratai yang tumbuh subur di atas air. Tempat ni memang sesuai untuk menghirup udara segar  hehhehe......

Jum saya ceritakan pula kisah kami merintis jalan sebagai pelancong di Kpg Chupak-Thubor. 








Selepas 2-3minit memulakan perjalanan, tanaman penduduk kampung ni yang menarik pandangan mata saya. hahahha sebab pertama kali nampak. Rupanya ni lah dia rupa kopi. Kepada anda yang tak pernah nampak rupa pokok kopi, ni lah dia. Saya belanja....heeeeee. yang pertama kali nampak tu kita geng... ikikikik...

Treking kami kali ni mengambil masa dalam 6 jam. Jalan memang tidak bertanda dan kami memang pelawat @pelancong yang merintis jalan ke tempat ni.

Tengok ni. Salah satu laluan yang telah kami harungi. Berbatu, berdaun,bersemak... hihi





Gunung Chupak ni tak tau berapa ketinggian nya.. belum ada yang sampai ke puncak nya.


laluan macam ni pun ada. hehehe.. nasib baik Syawal ada bawa bekal tali, dapat lah memudahkan perjalanan ..

Jum tengok video ni. Antara laluan yang sempat saya rakamkan.


saksikan klip ni juga. laluan-laluan yang telah kami harungi.





Gambar-gambar di bawah ni pula antara keindahan flora yang terdapat di Chupak Thubor. Banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tau, datang sendiri ke Chupak. heheheh




\
















ni pula klip gambar flora yang sempat saya snap di Chupak , sebagai kenang-kenangan dan tatapan pencinta-pencinta alam.. hehehe



Selepas berjalan mengharungi pelbagai bentuk laluan dan muka bumi, kami pun merehatkan diri di sini serta menjamu bekalan yang kami bawa.



Lepas selfie2,welfie2,mkn2, solat (muslim), kami merakamkan gmbar group kmi bersama orang 'kuat' yang menjayakan misi kami iaitu Babai Carlos. Walaupun umur dah mcecah 71thn tapi masih bertenaga tinggi.


Selepas merehatkan diri, kami teruskan perjalanan. Dalam 20 minit macam tu kami pun sampai ke kawasan perumahan kampung..

Misi yang terakhir pula ialah caving ke Gua Chupak Thubor.

Klip ni perjalanan dari kampung Chupak Thubor ke Gua Chupak Thubor hingga masuk dan keluar dari gua.. heheheh...

Siapa yang belum pernah caving, boleh datang sendiri ke sini. Hehehehe


Trip kali ni memang sangat memenatkan.  Tapi rasa berbaloi sebab dapat berkunjung ke tempat baru. Saya menjangkakan akan dapat mandi manda di sini, rupanya jangkaan tu saya simpan dulu untuk trip yang akan datang.. hehhehe... untuk pengetahuan semua, sungai memang ada, tapi kalau nak mandi sambil nak tunjuk kan aksi terjunan ke air tu memang tak dapat la. Sebab sungainya sangat comel. Hehehhe...

Kalau nak datang ke sini nak tengok keindahan flora dan kepelbagaian bentuk muka bumi, pemandangan kampung, caving, yes anda sangat2 di alu-alu kan. Tapi kalau nak mandi manda, pergi Kampung lain.. heheheh

Terima kasih kepada semua ahli rombongan, Cikgu Sani San selaku ketua rombongan serta orang kuat Babai Carlos. Semoga babai sentiasa di berikan kesihatan yang baik, murah rezeki dan sentiasa dipermudahkan segala urusannya.. ;) Sesiapa yang berminat nak datang ke sini, anda boleh tinggalkan komen atau boleh inbox sendiri Cikgu Sani di facebooknya Sani San .  Opss! Cukai cuma rm10 k...

Jumpa lagi di entri yang lain... tatattaatatata  ....  (;





Share:

Tuesday, 4 October 2016

Air Terjun Sunsung di Empangan Bengoh, Padawan bukan lagi misteri.


Pada 2 Oktober 2016, seramai 19 orang ahli rombongan yang di ketuai oleh Cikgu Sani Sam telah berjaya sampai ke air terjun yang di sebut sebagai Air terjun Sunsung oleh penduduk  kampung di kawasan berhampiran. Air terjun tersebut terletak di Kampung Bengoh, Padawan Sarawak. 

Sebelum ni saya dan beberapa kawan lain pernah juga datang ke sini. Seperti Cikgu Sani dan Sara. Tapi misi kali ini ialah untuk sampai ke air terjun paling jauh sekali iaitu Airterjun Sunsung. Jadi, entri kali ni saya kongsikan pengalaman kami untuk sampai ke air terjun Sunsung dan beberapa airterjun yang sangat awesome sepanjang jalan untuk sampai ke misi kami kali ni. 

Pengalaman kali ini sangat-sangat berbeza walaupun dah pernah datang ke sini. 

Seawal jam 7.30 pagi, kami telah berkumpul di PULAPOL, Padawan untuk menunggu ahli-ahli rombongan yang nak pergi ke Bengoh Dam. Biasa nya tempat ni lah tempat kami berkumpul sebelum  meneruskan ke destinasi kami,sekiranya destinasi tersebut berada di kawasan Padawan.

Kira-kira jam 8.19 pagi kami pun tiba di Empangan Bengoh. Sebelum memulakan perjalanan menaiki bot, kami diminta mendaftarkan diri di pondok pengawal, yang terletak di pintu masuk Empangan Bengoh.


air terjun Sunsung
Jum ikuti kisah perjalanan kami untuk sampai ke Airterjun Sunsung. hehheheh



kami sedang menunggu Cikgu Sani memberikan sepatah dua kata di sini.. hehhehe


di sini lah kisah kami bermula. Begini lah rupa bot yang kami naiki.

Kami mengambil masa dalam 20-30 minit juga lah menaiki bot ni. kenapa perlu menaiki bot, supaya perjalanan tak lah mengambil masa yang lama untuk ke airterjun. Kalau nak guna jalan darat pun boleh. Tapi mengambil masa mungkin dalam 3-4jam ataupun lebih. Bergantung dengan tahap kelajuan masing-masing. Jadi, menaiki bot adalah pilihan yang terbaik sekiranya nak datang sini daytrip. hehehe..

kami bertujuh dalam bot ni termasuk pemandu.


chaak! hehhehe Danny dan Sara.

Air di Empangan Bengoh ni sangat tenang. Bila tengok pemandangan sepanjang menaiki bot memang sangat-sangat memukau pandangan mata. Tempat ni sangat sesuai kepada nature lover, macam kami.. hahahhhaha!

Tapi tahukah anda, chewaaah! di dasar empangan ini terdapat 3 buah kampung   dan sebuah sekolah rendah  serta berekar-ekar kebun dan hutan yang menjadi sumber pendapatan penduduk kampung di sekitar nya sebelum ianya menjadi empangan.  Part yang ni tak tau nak bayangkan or nak emo kah.. ntah... kesian mungkin...:( Selepas ianya ditenggelami air, mungkin ianya didiami oleh 'penduduk' lain. Kita tak tau kan... hehehhe..

Kedalaman empangan ni tak pasti. Tapi menurut penduduk Kampung, kalau ianya pecah boleh menenggelami Bandaraya Kuching.. huhuhu.. seram pun ada bila dengar penduduk kampung cakap macam tu.


sempat bergambar menggunakan camera Mr. Shafiq. Elken giteww... terang. view pun luas. Shafiq cakap tak mahal  Rm500. sempat promote..hahaha.
Selepas kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot kami pun berehat di pondok ni. Di pondok ni juga la kami di minta membayar Cukai Sungai sebanyak RM10 seorang. Trip sebelum ni, pondok dan cukai ni belum lagi wujud. hehehe.. Agak lama juga lah menunggu ahli rombongan di sini. Cikgu Sani request 3 buah bot untuk kami tapi yang ada, cuma 1 bot. Tapi yalah, kekadang apa yang di rancang tak menjadi seperti yang kita ingini. Sempat juga la kami berkelah sebentar di sini sambil menikmati keropok,coklat dan biskut.. hihihi

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat tandas berdekatan dengan pondok ni. Mungkin sebab tu lah penduduk kutip Cukai Sungai, untuk menampung kos menyediakan kemudahan macam ni.


titian kecil yang mengusik kalbu.. hahahha..



terasa juga la gegaran di lutut dan jantung bdegup kencang melalui titian bamboo ni.. heeeee


tengok tu banyak airterjun.. sepanjang perjalanan ada juga airterjun yang sememangnya sangat cantik.









yang nampak shining tu la airterjun Sunsung. hehhehhe yehaaaa!!! akhirnya misi berjaya.


Jum tengok video ni. Kalau tengok gambar jak nampak tak real kan. hehehhe.. bila berada di sini, terasa sungguh kebesaran Sang Pencinta bumi serta makhluk yang tinggal di dalamnya. Syukur masih di beri peluang oleh Nya untuk menikmati ciptaanNya.

Walaupun kami tak mandi di airterjun Sunsung, tapi tetap basah oleh tempias air yang sangat kuat di sini. Kami selfie-selfie, welfie-welfie di sini dalam 15-20 minit sebelum kami berpatah balik ke airterjun sebelumnya untuk bersantai-santai.







saksikan memori yang telah kami rakamkan di Bengoh Dam.






gambar sebelum hujan lebat dalam perjalanan balik.


cil dan Cikgu Sani ketua rombongan kami.

Di bawah ni pula video yang sempat saya rakamkan semasa perjlanan balik. hujan lebat dan angin kuat. Bila di imbas semula sangat menakutkan dan kerana pengusaha bot ini tidak menyediakn life jaket kepada penumpang bot.



Dalam bot ini kami berempat termasuk dengan pemandu bot dan sebuah lagi bot yang membawa kawan-kawan kami membawa 5 orang penumpang. bot kami ni lebih kecil berbanding yang satu lagi.Terasa kerisauan yang teramat dalam melihat bot yang membawa kawan-kawan kami kerana hujan lebat di tambah angin yang kuat. Di kejauhan juga kelihatan beberapa kali bot sebelah tu macam nak tenggelam. Ditambah lagi semua penumpang tidak disediakn life jaket mahupun pelampung.. huhuhu... Lebih kurang 20 minit juga berada dalam situasi tu.. Masa tu, Tuhan sajalah yang Maha mengetahui perasaan yang kami alami.. huhu... Tapi syuuuukur semuanya selamat..

Jadi nasihat saya kepada pengunjung yang nak datang ke tempat ni, anda boleh bawa life jaket atau pelampung sebagai langkah keselamatan. Cikgu Sani dengan penuh rasa tanggungjawab ada juga mention perkara dengan pemandu-pemandu bot. Semoga ianya dapat dijadikan ikhtibar untuk pengusaha bot di sini serta dapat dijadikan panduan untuk kami untuk next trip. Safety first!!!!..

ops! Sebelum terlupa, kepada semua hikers or bakal hikers or nature lovers, bayaran untuk bot tadi ialah rm19 seorang. Termasuk Cukai Sungai Rm29.  Jangan lupa sediakan duit kecik sebelum datang ke sini.

Apapun pengalaman trip kali ini tersangat berbeza dari trip sebelumnya. RECOMMENDED!!..
hehehhhehe...

Terima kasih semua yang bersama-sama kami dalam trip ini. Moga jumpa lagi di lain trip.. yeehaaaaa!!!...
Share:

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support