Tuesday, 20 September 2016

Waterfront Kuching macam-macam ada.



Waterfront Kuching, Sarawak. Belakang tu Bangunan Dewan undangan Negeri.

Berkunjung ke Kuching Sarawak tak Sah kalau anda tak merasai sendiri mengambail angin di sekitar Waterfront Kuching. Kawasan Waterfront ni banyak hotel-hotel, rumah tumpangan untuk bermalam dan tempat ini agak strategik untuk anda melihat sekitar Kuching. Tempat yang anda boleh kunjungi yang berdekatan Waterfront Kuching ialah Jalan Masjid India , muzium, membeli baran cenderahati, shoping kompleks dan bergambar dengan statue Kucing. Untuk entri kali ini saya cuma akan berkongsi sedikit aktiviti yang anda boleh lakukan di Waterfront Kuching. Jum kita kita layan kisah mak dan bapa saya yang bersiar-siar di sini. hehheehe..


Kali ini saya bawa anda bersiar-siar menikmati pemandangan Waterfront Kuching dari sudut berbeza iaitu dengn mengunakan perahu.


kaunter beli tiket untuk menaiki perahu. lebih lama anda berada dalam perahu lebih la bayarannya. kami memilih  sejam dan bayaran nya RM19 seorang.




ini la dia tiketnya. RM57 untuk 3 orang dewasa.



gambar perahu@ bot yang kami naiki.




tu dia Bangunan DUN ( dewan undangan negeri)


Bila menaiki bot ini terasa udara membelai seluruh badan.. hahahhaha... sambil melihat pemandangan kawasan Waterfront dari sudut yang lain. Memang cantik.


pemandangan dari dalam bot.. bot pun ada ukiran burung kenyalang giteeww... hehhe












di seberang sana ada menjual kek lapis sarawak. Kalau tak silap Nita kek lapis. Tempat ni agak terkenal untuk membeli kek lapis untuk di bawa balik ke tempat masing-masing selepas melancong ke sini.




dalam bot ni ada bagi info sedikit tentang bangunan-bangunan yang anda dapat lihat dari dalam bot.



bangunan Astana. tempat Rajah Brooke tinggal dahulu kala.


sekiranya anda ingin menikmati pemandangan Waterfront di waktu malam anda boleh menaiki cruise ni. cuma bayaran nya lebih dari menaiki bot tadi.


Sesudah merasa naik bot, anda boleh ke kedai-kedai cenderahati pula. Terdapat banyak bentuk cenderahati yang di jual di sini. Mari kita tengok sedikit gambar di kedai-kedai cenderahati.











kek lapi sarawak. Terdapat pelbagai corak dan rasa. Kalau tak tau nak pilih yang mana satu anda rasa sedap, peniaga tu ada menyediakan tester.



haaaa ini la dia gambir sarawak. Di jual secara terbuka di sini.



peniaga tu siap bagi info kegunaan gambir sarawak. Salah satu kegunaannya dia lah ubat untuk sakit gigi.




satu lagi makanan yang perlu anda rasa. Tabaloi. Biskut yang di perbuat dari sagu rumbia kalau tak silap.








perabot macam ni pun ada jual.




Ada juga yang buat pakej-pakej ke tempat-tempat menarik di Sarawak.




habiskan masa dalam 2 jam di waterfront. bayaran parking pun tak mahal. tak sampai seringgit pun. hehehhe


Ini la dia bangunan-bangunan yang jual cenderahati. Bangunan lama yang masih kekal di tengah-tengah bandaraya.

Selepas penat berjalan, kami pun singgah makan di kawasan tak jauh dari Waterfront. Restoran ini agak tersorok sedikit, tapi customer sentiasa ramai. Nama restoran ni John's Place. Saya suka makan nasi ayam penyet dan minum laici susu di sini. Menu yang lain saya belum cuba.. heheh



laici susu. yuuuuum!!


Ini la rupa nasi ayam penyet. Hidangan yang saya suka makan di restoran ni. Tapi ada juga restoran lain yang saya suka hidangan yang sama. lain entri saya share tempat lain plak... hehheh



chaaak! jum jemput tengok.. hahhahahaha..

Jadi, bila berkunjung ke Kuching, Sarawak jangan lupa datang ke Waterfront. Macam-macam ada....
Di lain entri saya kongsi tempat lain yang anda boleh lawati di sekitar kawasan ni. Ini cuma sedikit k.. Jadi wajib masukan dalam list kawasan waterfront ni. Panorama di waktu siang berbeza dengan malam di sini. Jadi anda boleh susun itineary anda... ok sampai jumpai lagi di entri lain. Terima kasih sudi singgah blog saya..... xoxoxoooxo ;)
Share:

Saturday, 17 September 2016

Gunung Nyiru Grait,Padawan Sarawak kekal misteri.



Salam sejahtera semua....

Pada 15 September 2016 yang lepas , kami seramai 6 orang melakukan ekpedisi ke Nyiru Grait, Padawan , Sarawak. Nama tempat ni masih kurang di kenali. Jadi entri kali ni saya kongsikan sedikit tentang ekspedisi kami  ke sana.

Seawal 8.00pagi kami berkumpul di depan PULAPOL, seperti yang ada dalam tentatif yang disediakan oleh ketua rombongan kami Cikgu Sani. Cikgu Sani ni memang suka aturkan program ekspedisi sewaktu musim cuti sekolah. hehehe.. Untuk ke tempat ni memang senang cari tapi untuk masuk ke hutan@tempat nak jungle trekking tu memang perlukan guide tempatan. Sebabnya, jalan tidak bertanda.Kami cuma perlu bayar RM10 (seorang) untuk guide. Kira sebagai bayaran saguhati la....

Oh ya lupa info Kpg Nyiru ni terletak di Daerah Padawan. Perjalanan dari Kuching mengambil masa dalam 30minit sahaja. 


kami ke Nyiru Grait. Berbaju hijau tu guide kami.


bergambar dulu sebelum masuk ke hutan. Ini lah Gunung Nyiru Grait, Padawan.



ni la sarapan saya  sebelum bertolak ke lokasi. tips, elak kan mengambil sarapan yang pedas sebelum hiking utk mgelakkan perut memulas... hehehhe.















tumbuhan ni bahaya kalau kena kulit. boleh gatal2 di buatnya kata guide kami. Kalau tak silap di panggil 'pokok api' oleh penduduk tempatan.







buah liposu kalau dalam bahasa ibunda saya. Rasanya agak masam.



yang ni tak tau boleh makan or tak.. dalam hutan tak boleh makan & sentuh sembarang...



c gonggok.. penyambut tetamu...hehhe


berehat sebentar d sini.



Gua Mandaw. Sempat juga caving.. nasib baik la ada bawa headlamp... guide tu kata, dia sendiri pun tak pernah masuk gua ni. apalagi, kami pun ambil peluang untuk meneroka gua Mandaw ni.


tengok bentuk2 batu tu.. lihat mengikut perspektif anda sendiri.


berada dalam Gua Mandaw yang sememang sangat gelap.


dalam gua yang gelap pun boleh bergambar terang macam ni, hanya menggunakan teknologi produk handphone oppo.. hehe


macam tengok langit jak pemandangan ni kan.. sebenarnya batu dalam Gua Mandaw. cantik berkilau.



sebelum keluar dari gua, rakam gambar kenang2an...


cantiknya cahaya dari luar tu...


teringin memanjat gunung ni, tapi apakan daya, peralatan dan orang yang mahir tak ada.. hahahha

tempat kami melepaskan lelah... lepas makan, mandiiii!!!..hihi


terima kasih go pro... tq cameraman... hehehe


sempat lalu kebun getah yang tersangat la bersih.


gambar kenangan rombngan kami berlatarkan kebun getah dan Gunung Nyiru Grait.
Sehingga hari ini, Gunung Nyiru Grait belum lagi berjaya di tawan oleh sesiapa. Belum ada lagi orang yang sampai ke puncaknya. Ini bermakna, Gunung Nyiru Grait masih lagi misteri... saya menjangka kan ekpidisi kami kali ini sehingga ke puncak gunungnya. rupa nya kami cuma beriadah di kaki Gunung ini sahaja.... mungkin sahaja gunung ni terlalu curam untuk di terokai dan guide tidak mahu mengambil risiko untuk membawa kami meneroka gunung ni..

Walaupun tidak ke Puncaknya, pengalaman ke sini berbeza dari tempat2 yang lain..  kepada mereka yang berhasrat datang ke sini, jangan lupa bawa peralatan untuk caving.. best!..
Terima kasih Cikgu Sani. Lain kali plan tempat baru lagi k... hehhehehe... ops, perjalanan kami cuma mengambil masa 3jam.. itupun sebab ada ahli rombongan yang tiba2 pening, dan kami berehat lama di bawah pokok durian yang tak berbuah... hehehhe..

ok sampai jumpa lagi di entri lain.
Share:

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support